Sila cari saya
Haha, boleh suruh orang cari pulak. Saje mengada-ngada. Saya sudah pindah alamat. Cari la kat mana-mana, mesti jumpe. Bye2 jeritansepi.
Haha, boleh suruh orang cari pulak. Saje mengada-ngada. Saya sudah pindah alamat. Cari la kat mana-mana, mesti jumpe. Bye2 jeritansepi.
Sudah lama tidak “menjerit” di sini. Lebih seminggu saya tidak update sebarang post.
Adakah saya gembira? Yup, sebenarnya agak seronok juga hidup tanpa blog, macam dulu-dulu. Saya tenggelam dalam dunia saya sendiri tanpa risau orang tahu apa saya buat. (walau sebenarnya hidup saya tetap berjalan seperti biasa, cuma tanpa update blog je kerjanya).
Saya masih kosong. Belum dapat idea nak tulis blog tentang apa pasni. Cuba kawan-kawan bagi idea:
a) tentang hidup saya dan sekeliling yang berlaku (oh mesti bosan cam jeritansepi ni, entah apa-apa saya membebel. Memang blog tempat syok sendiri dan meluahkan perasaan)
b) kisah saya dan encik tunang (lupakan, lepas kawin baru leh cerita history)
c) perancangan perkahwinan saya, seperti misi5april (kang kata saya meniru pulak)
d) entri bergambar sahaja (gambar ape??)
e) review on… apa2 aar
f) resepi masakan.. hehe (the secret recipe is cooking without the recipes:memetik kata-kata chef pujaan)
g) jualan barang/lelongan
any idea?
Ada kawan-kawan yang sudah mula bertanya ke mana “hilangnya” blog saya. Dan mungkin ada yang terfikir betapa saikonya saya telah delete semua post.
Sebenarnya, saya mahu “berpindah” ke alamat lain. Mahu cari idea lain untuk menulis. Mahu mengembalikan semangat saya dalam buat sesuatu. Dan mahu menulis mengikut spesifikasi. Tentang apa, itulah yang masih bermain di minda.
Sebab saya sendiri sudah bosan melihat jeritansepi ni. Sebab tujuan saya menulis blog ini sudah bercanggah daripada tujuan asal saya mula berblogging. Jauh menyimpang sebenarnya. Saya betul-betul bosan bila apa yang saya buat tidak mencapai matlamat dan mendapat sokongan.
Kalau nak tahu, dalam hidup saya beberapa tahun lepas, saya dah buat banyak blog. Kejap on, kejap off. Kejap tukar URL, kejap tukar layout. Kejap wat kat blogger, kejap kat blogdrive, kejap kat wordpress. Adeii… Rasa-rasanya jeritansepi ni paling lama saya bertapak dan paling banyak post saya buat, itu pun sebab saya bayar untuk domain ni. Saya buat jeritansepi, setelah beberapa lama meninggalkan dunia blog saya dulu. Dan satu lagi sebab, saya dah tak suka domain saya ni.
Sayang juga mahu meninggalkan jeritansepi ni. Tapi saya tetap nak pergi.